Loading...
Perkongsian

” Mak aku tak sama macam mak orang lain. Mak aku seorang yang PSIKO. Hidup aku berubah bila abang2 dan kakak2 aku keluar dari rumah. Hanya tinggal aku dengan mak ayah aku saja. TAK SANGKA akhirnya aku jadi begini.. “

” Mak aku tak sama macam mak orang lain. Mak aku seorang yang PSIKO. Hidup aku berubah bila abang2 dan kakak2 aku keluar dari rumah. Hanya tinggal aku dengan mak ayah aku saja. TAK SANGKA akhirnya aku jadi begini.. “

Gambar Sekadar Hiasan

Loading...

Assalamualaikum.

Just Nak Cerita tentang mak aku semoga menjadi pengajaran dan ingatan untuk kita bagaimana peranan mak sangat penting dalam hidup kita walaupun mak kita kuat membebel dan selalu marah kita.

Yes, mak aku seorang yang psiko. Macam mana psiko mak aku tu? 1st, aku kenalkan diri sikit, aku ni anak bongsu dari keluarga campur melayu dan jawa. i have lots of lots of mix! (mata ke atas tangan ke bahu). Mak aku orang jawa. Dari kecik mak dah titik beratkan pasal hal berkaitan rumah tangga dekat kakak2 aku. sebagai anak bongsu, bolehlah aku ambik ringan sikit kononnya. jarak umur aku dengan kakak2 aku sangat jauh, masa aku sekolah darjah 6, kakak aku pun dah habis sekolah dah. jauh kan?

Kalau dulu aku boleh dikategorikan sebagai terlebih manja, baju sekolah kakak aku gosok, kasut sekolah abang aku basuh, makan siap atas meja. tapi itu semua berubah bila hanya tinggal aku sorang kat rumah dan yang lain belajar kat luar.

Sebenarnya kat rumah, mak cukup pantang kalau anak2 dia bukak tv selagi jam x tunjuk pukul 12. ni masa kecik2 dulu. jangan harap! even weekend sekalipun. Kalau bangun2 nak mengadap tv tu boleh je, cuma kau mengadap tv bisu tiada gambar gitu je la. remote kena sorok. kalau parents dengar je suara dari tv, 500 meter jaraknya pekikan mak tuh. perghh berdesing!. tobat tak tengok tv pagi2 dah. kakak2 abang2 semua mencicit lari. takut.


Gambar Sekadar Hiasan

So, dipendekkan cerita, bila kakak2 dan abang2 semua dah keluar rumah, sambung belajar dan berkahwin. maka terkulat2 lah aku kat rumah ditemani mak dan abah aku. haa, start dari sini la aku mula rasa psiko mak aku ni. Mak mula train aku masak basuh baju, buat keje perempuan ni semua start aku form 1, sebab dah tak ada sesiapa kat rumah kecuali aku dengan mak abah je. semua tu aku buat dengan terpaksa. yelah bangun seawal 6.30 pagi, ni weekend ye adik2.

WEEKEND. 6.30 dah kena bangun, buat sarapan, basuh baju semua lah. sidai baju jangan lepas pukul 9. kalau ‘rules’ ni semua kau kelaut, alamatnya bebelan akan tiba. ayat mak aku; ‘Kalau mak pukul 8 tadi dah siap sidai dah. ni tak, terhegeh2 entah buat ape. kalau mak, sambil membasuh tu sapu la rumah ni sikit, kemas apa yang patut, mop lantai ke, siram pokok ke. ini kalau basuh baju, ituu aje lah yang dia hadap, tak reti nak menyambil. (FYI, sblm korang judge, mesin basuh rumah aku semi-manual ye bukan auto.)”


Gambar Sekadar Hiasan

Kalau aku bangun lambat sikit even 5 minit pun, mak aku bising lagi “Ha, dah anak dara dah. tak reti2 nak bangun awal? ni nak jadi apa bangun lambat? ingat awak tu anak raja ke bangun2 semua sarapan dah tersedia, kerja rumah semua dah siap?” berghhh, pedas boh! tu kalau aku bangun lambat. kalau aku bangun awal pulak? korang ingat aku tak kena ke?

“Ha, dah tahu bangun awal tu, pergilah siapkan sarapan ke, sapu rumah ke, kemas rumah ke. tu baju tu siapa nak lipat? dia boleh terlipat sendiri ke?” wehh, bangun awal pun kena weh! pernah tu sekali aku bangun awal, kira mcm perfect gila kerja rumah semua siap aku buat. sekali aku tertidur dalam pukul 10 macam tu. mak aku “Anak dara pagi2 buta dah tidur. cuba buat kerja berfaedah sikit. ni asyik tiiiiduuurrr aje.” garu kepala lagi aku. fikir, bilanya yang aku asyik tidur nih?

Aku ni tak pernah duduk asrama. jadi bila diploma tu aku terus tercampak jauh ke perak. masa parents hantar tu memang melalak macam mana ntah, tiap2 hari call. anak manja kononnya. lepas sebulan dah ok. kekonon macam anak ayam terlepas dari reban. fuhh, enjoy beb. cuma Alhamdulillah aku pandai carik kawan. tak ada yang terjal, semua baik2. kalau tak, mahu aku pun kelaut sama. almaklumlah jauh dari kampung kan. hehe masa sambung belajar macam aman sikit lah. tapi bila cuti sem tu yang parah.

Mak aku ni aku perasan aku tak boleh balik kampung lebih 3 hari. mula2 dia macam ok. lepas 3 hari, perangai lama dia naik balik. Aku pulak bukan jenis tak reti langsung buat kerja rumah, cuma aku jenis yang chill take it slow la gitu. mak pulak jenis yang pukul 10 dah kena siap semua. tambahan pulak dia jenis yang berkebun, siap kerja dalam rumah, dia keluar rumah pulak. senang citer mak memang tak reti duduk diam macam lipas kudung. dan kalau dia nampak aku duduk diam tak buat kerja, mulut dia mula ringan. hehe mak mak.

Kalau aku masuk bilik tak keluar2. mak bising jugak ” Anak dara ape terperap je dalam bilik tu? cuba tolong mak ape yang patut. ni lipat baju ni ke.” padahal aku baru masuk bilik 5 minit.


Gambar Sekadar Hiasan

Kalau aku gagal buat sesuatu kerja rumah tu, contoh mop lantai, mak akan ambik mop sambil tu sambil membebel “Ada anak dara macam tak ada. suruh buat kerja sikit pun dah hok hek hok hek malas. nak tunggu mak mati agaknya baru nak buat. itupun untung nak buat. silap2 mak mati pun korang tak sedar. mak terkujur pun korang buat tak tau.” yes, itu adalah ayat favourite mak aku. ‘kalau mak mati’ psiko dow. terus aku rasa nak buat keje laju mcm lipas kudung.

Tapi lagi sekali mak aku sambung “Dah, tak payah buat. pergi duduk kat sana goyang kaki. Tengok tv gelak huhuhaha sana. biar mak yang buat semua. Mak takpe. dah biasa dah buat semua ni. korang tak biasa. Dah pergi sana!” mak tengking weh. rasa nak nangis tang tu jugak. nyesal baru dtg sbb x buat keje tu sebelum dia angkat kayu mop tu. mak pulak dah menangis2 dah sambil membebel tu. huhu mak suka bagi ayat extreme dia ‘kalau mak mati kejung’ , ‘kalau mak mati tak ada siapa yang perasan.’ #seram

Kalau bab adik beradik pulak mak memang tak menangkan siapa2. semua sama rata. tapi adik beradik lain nampak aku yang dilebihkan. yelah. anak bongsu kan. tapi aku tak rasa gitu lepas diorang semua dah keluar rumah dan berkahwin. sebab aku rasa aku anak yang paling lama duduk rumah. yang lain semua sekolah asrama, kerja jauh dari kampung. aku ni dah lah x pernah duduk asrama, lepas grad pun aku menganggur lama.

Baru setahun kerja jauh sikit, aku berhenti. balik kampung. tak lama lepas tu dpt kerja dekat dengan rumah membuatkan aku ulang alik je dari kampung. sampai laa ni pun aku tak berani bangun lebih pukul 7 even hari minggu. itu pun lepas aku mintak izin dengan abah nak bangun lambat sikit. sebab abah suka kejut aku bila dia nak pergi surau solat subuh. kalau lambat 5 minit, siap laaaa… bising lagi la mak aku. sebab tu aku selalu jealous dgn kawan2 aku yang pukul 9-10 pagi baru nak bangun. ada tu yang lepas sarapan, tidur balik. sarapan pulak dah siap terhidang atas meja. kerja rumah tak payah buat. sumpah jealous.

Yess, sampai sekarang aku dah besar dah kerja ni pun mak still membebel macam aku masa sekolah dulu. tapi sekarang dah kurang sikit la sebab aku pun dah terlampau rajin buat kerja rumah.
Alhamdulillah berkat bebel mak.
Alhamdulillah, aku bangun tiap2 hari sebelum azam subuh. cuma weekend je. hehe
Alhamdulillah, aku pandai buat kerja rumah, kemas rumah, cat rumah, bertukang, parut kelapa pun aku pandai weh. kau hado?


Gambar Sekadar Hiasan

Alhamdulillah aku pandai masak, rasanya kalau kahwin bakal suami aku tak kebulur la, inshaaAllah. dan semoga beliau bukan seorang picky eater.

Alhamdulillah berkat pembersih mak aku, aku suka duduk rumah aku yang selalu bersih berbanding rumah makcik2 aku yang kadang2 nak pijak lantai pun berminyaknyaaa Subhanallah.

Alhamdulillah sebab psiko mak aku aku reti bersyukur ada mak macam mak aku. sebab in the end ayat mak aku adalah “Sebab tu lah mak selalu bebel kat kau. berguna jugak mak bebel hari2 walaupun pedas telinga tu telan kan?”

Usia dan pengalaman tinggal lama dengan parents mendewasakan aku. MAK mendewasakan aku. Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan segala pengorbanan dan bebelan mak bagi kat aku. Terima Kasih mak! ailabiuuu!! ailabiu too abah sebab selalu abah banyak diam dari ‘membebel’ macam mak. hehe

Jap, tambah sikit. semenjak 2-3 tahun ni mak carik point baru sebab dia dah lama tak membebel. dia macam tak sabar nak suruh aku kahwin. nak halau aku dari rumah ke apa ni mak? aku suruh mak carikkan, mak tak nak. suruh aku carik sendiri katanya. tapi boleh dikatakan dalam seminggu tu 5-6 kali dia bising tanya “bila? dah boleh dah tu.” aku sedar aku tak cantik. mungkin jodoh aku tunggu aku cantik dulu kot baru dia nak muncul. haha. ok sekian.
Wassalam.– gadis suku abad

Apa Pendapat Anda?

Silakan Share Dan Semoga Bermanfaat

Sumber : IIUMC

Loading...
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.