Loading...
Tips

Kentut Anda Berbau Sangat Busuk? Ini Cara Menghilangkannya Dengan Menggunakan Bahan Semulajadi

Cara Menghilangkan Kentut Berbau Busuk Dengan Menggunakan Bahan Semulajadi

Beberapa bahan semulajadi yang dapat digunakan untuk menghilangkan kentut berbau.

Loading...

1. Jintan Manis
Jintan adalah salah satu ubat semulajadi untuk mengatasi kentut berbau. Bahan herba ini malahan efektif dalam beberapa minit. Dengan mengunyah biji jintan, hasilnya dapat dilihat 5 sampai 10 minit selepasnya.

Cara lain menggunakan bahan herba ini adalah dengan merendamnya dalam secawan air panas, biarkan selama 3 sampai 5 minit kemudian minum perlahan. Minum minuman herba ini 2 sampai 3 kali sehari.

2. Halia

Halia tidak hanya mengatasi masalah gas dalam pencernaan, namun juga sekaligus mencegah munculnya gas berlebihan. Untuk itu, masukkan halia kedalam menu makanan anda untuk menghindari munculnya kentut berbau busuk.

Halia juga dapat dijadikan sebagai teh herba dengan merendam halia yang sudah diparut kedalam secawan teh o panas, dinginkan dan minum teh halia ini 3 kali sehari.

2. Biji Jintan dan Black Seed

Cara lain mengatasi kentut bau adalah dengan biji jintan dan black seed. Biji-bijian ini membantu mencegah pelbagai benda busuk, dan menghindari terjadinya gangguan asid dalam sistem pencernaan.

Cara mengonsumsinya iaitu dengan merendam benih tadi dalam secawan air panas, kemudian biarkan sekitar 10 minit. Tekan biji yang sudah direndam tadi hingga keluar minyaknya, minum air biji jintan ini sebelum makan. Anda boleh juga terus menambahkannya kedalam sup atau sayuran yang anda masak.

4. Cuka epal

Cuka epal terbukti merupakan salah satu ubat kentut berbau yang cukup efektif. Bahan ini juga boleh dijadikan ubat untuk masalah gangguan pencernaan.

Untuk mendapatkan manfaatnya, campurkan satu sudu makan cuka epal dalam segelas air suam kemudian minum 1 atau 2 gelas sehari.

5. Daun Pudina

Daun pudina juga merupakan ubat untuk mengatasi kentut berbau busuk. Kandungan anti oksidan dan mentolnya membuat daun ini boleh digunakan untuk menghapus gas berbau dari perut anda.


Cara menggunakannya boleh dengan memasukkan beberapa helai daun kedalam air mendidih, atau mencampurkan 2 titis minyak pudina dalam air mendidih, biarkan beberapa minit sebelum diminum. Minum ramuan ini 2 atau 3 kali sehari.

6. Kayu Manis

Kayu manis yang dapat memberikan kesan hangat diperut juga merupakan bahan semulajadi untuk mengatasi kentut busuk.

 

Untuk mendapatkan khasiatnya, campurkan satu sudu makan serbuk kayu manis dan madu kedalam susu soya yang dipanaskan. Sejukkan ia hingga dapat diminum, minum beberapa cawan sehari. Hindari penggunaan susu soya jika anda ada alahan terhadap kandungan susu ini.

Selamat Mencuba. Jika semua cara yang anda gunakan di atas gagal untuk menghilangkan bau busuk kentut. Anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaaan oleh doktor. Ianya adalah untuk mengelakkan punca penyakit berkaitan pencernaan.

Silakan Share dan Semoga Bermanfaat.

Sumber : Informasi herba

Loading...
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.