Loading...
Kesihatan

Lakukan Urutan Pada 6 Titik Ini Untuk Menghilangkan Rasa Sakit Kepala Dengan Cepat

Lakukan Urutan Pada 6 Titik Ini Untuk Menghilangkan Rasa Sakit Kepala Dengan Cepat

Teknik urutan sendiri adalah teknik alternatif….

Loading...

Dari laporan Bright Side, teknik urutan sendiri adalah teknik alternatif yang terbaik untuk menghilangkan sakit kepala. Pertamanya anda perlu ambil posisi yang nyaman dan selesa, urutan ini tidak memakan masa yang lama. Biasanya cukup 30 saat sehingga 1 minit sahaja.

Hasilnya sakit kepala anda akan hilang dalam waktu 5 hingga 10 minit selepas urutan. Terdapat 6 titik utama dalam urutan untuk mengilangkan rasa sakit kepala. Jom tengok kat bawah ni.

1. Yintang Point

Titik mata ketiga atau Yintang terletak di titik pertengahan antara hidung dan dahi. Titik ini dapat menghilangkan keletihan pada mata.

2. Zan Zhu Points

Titik simetri ini terletak di bawah kening anda. Urutan di kawasan ini dapat mengurangkan masalah selesema dan meningkatkan ketajaman penglihatn. Urut selama 1 minit di bahagian ini.

3. Yingxiang Points

Titik-titik ini terletak di kedua bahagian sisi lubang hidung sebaris dengan mata. Urut di bahagian ini bagi membantu mengurangi sakit kepala, sakit gigi dan menghilangkan stress.

4. Tian Zhu Points

Titik-titik ini terletak di bahagian tengah belakang kepala, antara telinga dan bahagian tulang belakang. Urutan pada titik ini membantu meredakan hidung tersumbat, sakit di bahagian mata dan telinga dan juga migraine.

5. Shuai Ghu Points

Titik ini terletak 2-3 cm dari arah garis rambut. Picit bahagian lesung pipi kecil untuk menemui bahagian ini. Tekanan yang diterapkan pada bahagian ini dapat menghilangkan keletihan pada mata.

6. He Gu Points

Titik simetri ini terletak di bahagian belakang tangan antara ibu jari danjari telunjuk. Urutan pada bahagian ini dapat mengurangkan rasa sakit punggung, sakit gigi, dan ketegangan pada otot leher.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Wowmenariknya.com via Sinar FM

Loading...
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.