Loading...
Tips

Dua Bahan Semulajadi Ini Terbukti Berkesan Untuk Hilangkan Karang Gigi. Selamat Mencuba…

Dua Bahan Semulajadi Ini Terbukti Berkesan Untuk Hilangkan Karang Gigi. Selamat Mencuba…

Melakukan rawatan gigi secara rutin dan teratur memang menjadi perkara yang sangat penting untuk dilakukan oleh setiap orang. Ini Kerana, gigi memiliki peranan yang sangat penting bukan hanya untuk mengunyah makanan, tetapi juga sangat berperanan dalam menunjukkan penampilan.

Loading...


Gambar Sekadar Hiasan

Jika gigi kurang diperhatikan dalam rawatan, maka akibatnya akan timbul berbagai masalah gigi seperti gigi kuning atau munculnya karang gigi yang dapat mengganggu penampilan. Jika pada gigi kita terdapat karang gigi, maka pastinya kita akan merasa tidak malu atau kurang keyakinan ketika berbual dengan orang. Selain itu, adanya karang gigi dapat menyebabkan gigi berlubang.

Jadi, tahukah anda apa itu karang gigi?

Pada umumnya, di dalam rongga mulut sering menjadi sumber atau tempat bersarang dan berkembang segala bakteria. Walaupun sudah sering membersihkannya dengan menggosok gigi secara rutin dan teratur setiap hari, namun bakteria masih boleh hidup dan melekat di dalam mulut.

Karang gigi dapat terbentuk hasil dari reaksi kimia antara kadar protein, bakteria dan sisa makanan yang melekat pada gigi. Perkara dari reaksi tersebut dapat menimbulkan plak di gigi yang berwarna kuning, jika plak pada gigi ini tidak segera dibersihkan lama-kelamaan akan mengeras dan melekat sehingga akan membentuk karang gigi.


Gambar Sekadar Hiasan

Akibat dari adanya karang gigi ini dapat memberi kesan buruk dengan terjadinya komplikasi seperti kerengsaan, radang pada gusi dan gigi berlubang. Jika plak tersebut sudah terbentuk menjadi karang gigi, maka tidak akan dapat dibersihkan hanya dengan menggosok gigi biasa dan diperlukankan rawatan khas untuk menghilangkan karang gigi.

Sebelum menimbulkan gangguan pada kesihatan gigi yang lebih serius, sebaiknya segera atasi karang gigi dengan cepat dan tepat. Ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan karang gigi, jika kondisinya belum cukup parah dan anda malas untuk pergi ke doktor gigi. Salah satu penyelesaiannya boleh dilakukan dengan cara semulajadi di rumah.

Berikut ini ada 2 cara menghilangkan karang gigi dengan cepat menggunakan bahan semulajadi.

1. Jambu Batu

Apakah anda suka makan jambu batu? Menurut kajian bahawa jambu batu sangat bermanfaat untuk membantu meruntuhkan karang gigi yang melekat. Menurut laporan yang telah dimuat di Journal of Applied Microbiology mengatakan hasil dalam sebuah kajian yang dilakukan di India bahawa dengan memakan jambu batu dapat dijadikan sebagai ubat semulajadi untuk mengatasi penyakit yang berhubungan dengan gusi. Selain itu, kandungan zat yang terdapat pada jambu batu sangat bagus untuk membasmi kuman dan bakteria yang berkembang di dalam mulut dan menjadi penyebab pembentukan plak di gigi.


Gambar Sekadar Hiasan

Cara menghilangkan karang gigi dengan jambu batu cukup mudah, anda boleh terus mengunyah jambu batu yang telah dipotong-potong dan diberi sedikit garam dan pastikan anda mengunyahnya pada bahagian gigi yang terdapat karang gigi. Untuk mendapatkan hasil dengan cepat, maka lakukan cara ini 1-2 kali sehari sampai karang gigi hilang.

2. Cengkih

Cengkih tidak hanya berfaedah untuk mengubati sakit gigi dan gusi bengkak, tetapi juga adalah bahan semulajadi untuk membersihkan karang gigi dengan cepat dan selamat. Perkara ini adalah disebabkan, di dalam cengkih terdapat kandungan mikroorganisma yang berfungsi untuk mencegah terjadinya peradangan dan menghilangkan plak atau karang gigi.


Gambar Sekadar Hiasan

Cara menghilangkan karang gigi dengan cengkeh sangat mudah, langkah pertama yang perlu anda lakukan yaitu dengan menumbuk biji cengkih sampai halus. Setelah itu, campurkan 1 sudu teh cengkih yang telah ditumbuk dengan 5 titis minyak zaitun dan kacau kedua bahan semulajadi tersebut hingga sehingga rata.

Kemudian, gunakan campuran bahan semulajadi tersebut untuk menggosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang berbulu halus. Lakukan cara ini secara rutin dan teratur 3 kali seminggu sampai karang gigi hilang.

Bagaimana, tertarik untuk mencubanya?

Demikianlah informasi yang dapat kami sampaikan kepada anda semua, semoga tips dan cara menghilangkan karang gigi secara semulajadi diatas dapat bermanfaat dan selamat mencuba.

Silakan Share Dan Semoga Bermanfaat.

Sumber : sihatnatural.com

Loading...
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.